Friday, 7 December 2012

PETA KEHIDUPAN



Peta kehidupan iaitu bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita?
Setiap manusia mempunyai matlamat hidup masing-masing. Malah ada yang sanggup mengerjakan kekayaan didunia sehingga lupa bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan yang kekal hanyalah di Akhirat.

Dalam kehidupan, kita sendiri yang menentukan jalan perjalanan hidup kita iaitu sama ada ke arah yang baik atau ke arah yang salah.
Adakah kita akan terus senang dan bahagia dengan memilih jalan kehidupan yang salah?
Tidak, kita seharusnya sedar bahawa apabila memilih jalan yang salah, memang mudah dan senang untuk mencapai sesuatu kesenangan. Tetapi kesenangan itu tidak akan kekal. Namun demikan, apabila memilih jalan yang baik.sememangnya banyak dugaan yang harus dilalui tetapi Allah telah menjanjikan akan merahmati kehidupa seorang hambanya sama ada didunia mahu
Hari demi hari berlalu, kita berjalan beribu-ribu meter di permukaan bumi, tapi adakah kita benar-benar berjalan atas muka bumi ini kerana Allah? Ataupun kita berjalan di atas muka bumi ini kerana kita mahu menjadi kaya, duit yang banyak, pangkat yang tinggi atau kehormatan disisi manusia?
 
SEDARLAH WAHAI TEMAN, Kehidupan didunia tidaklah kekal, yang kekal hanyalah akhirat. Justeru itu, kita sebagai hamba Allah, hendaklah sentiasa patuh dan taat dengan perintahnya kerana kekayaan didunia tidak menjamin kehidupan di akhirat serta yang membezakan hamba Allah dengan yang lain hanyalah amalan kita semasa di dunia.

No comments:

Post a Comment