Saturday 8 December 2012

ALHAMDULILAH



"Nilai sebuah kebahagian itu terlalu mahal dan untuk membayarnya kita perlu lalui kesusahan, penderitaan, kesedihan, kecewa dan sebagai untuk membayar nilai kebahagian itu"

Samalah seperti membuat cerpen, pelbagai kesukaran yang saya perlu lalui terutama semasa untuk mendapat idea untuk menghasilkan cerpen ini. Malah, proses kreatif ini juga telah mengajar saya untuk sentiasa berfikiran positif. Hal ini kerana pada awal proses untuk menghasilkan cerpen, saya sering mengatakan susah. 

Namun demikian, setelah di tunjuk ajar dan di dorong oleh Dr Mawar Safei, saya mula memahami dan mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan sebuah cerpen adalah satu pengalaman yang indah. Malah, penghasilan blog ini telah  banyak membantu saya untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bereksperimental.

Banyak inspirasi yang saya telah perolehi melalui pemerhatian yang di buat misalnya mengenai terdapat dunia lain selain bumi, kehebatan seorang wanita dan sebagainya.

Syukur ALHAMDULILAH..

Cerpen oh cerpen




Proses penulisan kreatif sememangnya sangat sukar. Ibaratkan seorang wanita hamil, dia terpaksa melalui proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Semasa dalam proses kehamilan itu, ada yang muntah-muntah, migrain, mengidam makanan aneh-aneh atau yang terlarang dan sebagainya, di sepanjang waktu kehamilannya bergitu juga dengan saya, saya telah juga menghadapi pelbagai masalah semasa dalam proses penulisan kreatifnya kerana sering kekurangan idea. Namun demikian, setelah banyak membuat pemerhatian dan kajian yang dilakukan banyak idea yang telah diperolehi.
Insya Allah. saya akan menghasilkan sebuah cerpen eksperimental yang baik.

Friday 7 December 2012

MAE TOI



Apa itu “MAE TOI”?
Maksud Mae Toi ini adalah  Mother of Thailand dan merupakan iklan yang paling sedih di Thailand. Iklan ini mebuat hati kecil saya terdetik “ Ya Allah, tabahnya wanita ini”. Iklan ini juga telah membuat air mata saya gugur kerana iklan ini telah memberi motivasi  dan inspirasi kepada diri  saya sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dengan segala yang diperolehi.  

Malah, turut mengajar erti sebuah kebahagian yang menjadi harapan bagi setiap insan. Toi seorang wanita yang tabah telah mengajar erti kehidupan dan kebahagian. Situasi ini jelas di tunjukan apabila Toi seorang wanita yang disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup tidak kurang daripada 2 tahun sahaja. Namun demikan, Toi ini  berasa sangat bertuah masih di beri peluang untuk hidup selama 2 tahun lagi kerana dalam masa 2 tahun pelbagai perkara yang boleh dilakukan.

Mae Toi di panggil Mother of Thailand kerana dia telah mengambil anak angkat iaitu Kitty, Mack dan Toe yang mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan dan bermasalah.

 Namun demikian, Toi telah mengajar ketiga-tiga anak angkatnya erti nilai sebuah kehidupan dan kebahagian  iaitu bukanlah kerana sanjungan, kehidupan yang lama, kehidupan yang mewah tetapi apabila kita mampu membuat orang lain membahagiakan orang disekeliling kita.

Semua orang mengetahui bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia dan akan bahagia selalu. Malah, kita juga mengetahui bahawa dalam setahun ada 360  hari dan mungkin dalam 360 hari itu tidak setiap hari kita akan berasa sedih dan berasa bahagia. Hal ini kerana hidup di di dunia ini adalah ibarat roda yang sedang berputar, kadang-kadang Allah tarik kebahagian dari kita kerana kita lalai untuk mengingatkanNya.

MEMANDANG CERMIN, MEMANDANG DIRI



Setiap seorang dari kita sentiasa perlukan cermin untuk hidupnya sekiranya ingin menikmati hidup lebih bermakna. Cermin yang memantulkan imej jarang sekali kita gunakan untuk melihat objek lain melainkan untuk melihat diri kita sendiri.  Pada setiap hari, saya akan melihat diri dalam cermin dan menilai diri sendiri tetapi seringkali ditutupi dengan penipuan diri sendiri. Justeru itu, saya jadikan rakan-rakan untuk menjadi cermin diri kerana agak sukar untuk saya menilai baik buruk yang terdapat dalam diri saya. 

Malah, kita sebagai manusia sering diingatkan bahawa tidak ada manusia yang sempurna didunia. Justeru itu, kita harus cerminkan diri dan menilai agar dapat melengkapi kekurangan yang ada dan perbaiki diri dengan  cermin muhasabah diri.
Pada pandangan  saya tidak perlu berasa malu untuk bertanya kepada rakan-rakan siapa diri kita daripada kaca mata mereka.
 Pada pendapat awak, saya ini bagaimana orangnya?
    Justeru itu, dengan cara ini juga kita mampu melihat diri kita melalui satu perspektif yang berbeza. Selama ini kita melihat dunia daripada mata kita, tapi bukan diri kita sendiri. Kita perlu cermin untuk melihat diri sendiri. Jangan sampai kita mampu bercerita tentang dunia, tapi bukan tentang diri kita.