Friday, 7 December 2012

MEMANDANG CERMIN, MEMANDANG DIRI



Setiap seorang dari kita sentiasa perlukan cermin untuk hidupnya sekiranya ingin menikmati hidup lebih bermakna. Cermin yang memantulkan imej jarang sekali kita gunakan untuk melihat objek lain melainkan untuk melihat diri kita sendiri.  Pada setiap hari, saya akan melihat diri dalam cermin dan menilai diri sendiri tetapi seringkali ditutupi dengan penipuan diri sendiri. Justeru itu, saya jadikan rakan-rakan untuk menjadi cermin diri kerana agak sukar untuk saya menilai baik buruk yang terdapat dalam diri saya. 

Malah, kita sebagai manusia sering diingatkan bahawa tidak ada manusia yang sempurna didunia. Justeru itu, kita harus cerminkan diri dan menilai agar dapat melengkapi kekurangan yang ada dan perbaiki diri dengan  cermin muhasabah diri.
Pada pandangan  saya tidak perlu berasa malu untuk bertanya kepada rakan-rakan siapa diri kita daripada kaca mata mereka.
 Pada pendapat awak, saya ini bagaimana orangnya?
    Justeru itu, dengan cara ini juga kita mampu melihat diri kita melalui satu perspektif yang berbeza. Selama ini kita melihat dunia daripada mata kita, tapi bukan diri kita sendiri. Kita perlu cermin untuk melihat diri sendiri. Jangan sampai kita mampu bercerita tentang dunia, tapi bukan tentang diri kita.

No comments:

Post a Comment