Friday, 7 December 2012

Dunia Lain Dalam Perut Bumi??



Saya semakin tertarik untuk menkaji dan membuat pemerhatian mengenai dunia lain yang terdapat di dalam perut bumi. Situasi ini kerana saya merasakan ini sesuatu yang menarik untuk di kaji dan didedahkan kepada orang ramai mengenai dunia yang terdapat di dalam bumi.  
Kolonel Billie Faye Woodard
MALAH terdapat DAKWAAN aneh yang dikemukakan oleh seorang bekas anggota tentera udara Amerika, Kolonel Billie Faye Woodard. Dakwa Billie, dunia yang terletak di perut bumi itu dihubungkan oleh beberapa buah lohong dan terusan yang dibina oleh penduduk tamadun Lemuria – iaitu tamadun yang pernah wujud ratusan ribu tahun lalu di sebuah benua  di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Bagaimanapun, tamadun itu lenyap akibat bencana alam yang dahsyat. Dakwa Billie, di perut bumi itu terdapat sebuah tamadun yang cukup hebat, mempunyai kota dan bandar yang cantik. Manusia yang tinggal di sana dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa. 
Kesemua penghuninya memakan sayur-sayuran manakala haiwan-haiwan yang terdapat di perut bumi itu jinak serta boleh berinteraksi dengan manusia melalui telepati. Billie seterusnya mendakwa, tiada penyakit di sana kerana persekitarannya cukup bersih hinggakan jika kita memasuki dunia itu.
 Di dalam biografinya yang berjudul World Top Secret, yang ditulis oleh Rodney M. Cluff  pada Julai 2008, Billie memberitahu, dakwaannya itu bukan cerita rekaan. Tegas Billie, ia adalah suatu rahsia besar kerajaan dan tentera Amerika Syarikat. Dia sendiri telah diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada dunia luar. Satu yang jelas, sememangnya Dunia ini menyimpan bergitu banyak misteri-misteri yang belum terungkai. Namun demkian, semua akan terungkap apabila tiba waktunya.


No comments:

Post a Comment