ASAL USUL NAMA KUCHING ADALAH PERIGI
BETUL KE???
Kuching merupakan sebuah daerah yang terdapat di Sarawak.
Mengikut sejarah nama Kuching adalah bersempena daripada Raja Brooke yang suka memelihara kucing.
Namun demikian, pada asalnya nama kuching adalah berasal daripada SEBUAH PERIGI.
mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini. Hal ini berkemungkinan faktor
politik pada masa tersebut. Malah, terdapat pelanggaran sedikit fakta apabila
mengatakan asal usul nama Kuching adalah sempena nama daripada haiwan
peliharaan Brooke iaitu kucing.
Hal ini demikian, di Sarawak, tidak memanggil bintang kucing itu adalah
kucing tetapi “Pusak” yang bermakna kucing.
Pada asalnya, perkataan kuching adalah berasal daripada
perkataan Mandrain iaitu "Kou Jing" yang bermaksud perigi. Perigi ini merupakan
sumber bekalan air British bagi perdagang-perdagang British yang datang ke Sarawak.
Apabila pihak British hendak mendapatkan bekalan air tesebut,
mereka telah menyebut “Kou Jing” menjadi
“kuch ching”. Oleh hal yang demikian, nama Kuching ini adalah berasal daripada perkataan mandrain "Kou Jing".
Justeru itu, kadang-kadang tak semua fakta adalah betul, sebagai mahasiswa haruslah kita mengkaji dan mencari kebenaran di sebalik cerita dan sejarah tersebut..

No comments:
Post a Comment