Proses penulisan kreatif sememangnya sangat sukar. Ibaratkan
seorang wanita hamil, dia terpaksa melalui proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Semasa
dalam proses kehamilan itu, ada yang muntah-muntah, migrain, mengidam makanan
aneh-aneh atau yang terlarang dan sebagainya, di sepanjang waktu kehamilannya
bergitu juga dengan saya, saya telah juga menghadapi pelbagai masalah semasa
dalam proses penulisan kreatifnya kerana sering kekurangan idea. Namun demikian,
setelah banyak membuat pemerhatian dan kajian yang dilakukan banyak idea yang
telah diperolehi.
Insya Allah. saya akan menghasilkan sebuah cerpen
eksperimental yang baik.

tahniah fau..blog yg menarik
ReplyDeleteterima kasih rita :)
Delete