Friday, 7 December 2012

PETA KEHIDUPAN



Peta kehidupan iaitu bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita?
Setiap manusia mempunyai matlamat hidup masing-masing. Malah ada yang sanggup mengerjakan kekayaan didunia sehingga lupa bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan yang kekal hanyalah di Akhirat.

Dalam kehidupan, kita sendiri yang menentukan jalan perjalanan hidup kita iaitu sama ada ke arah yang baik atau ke arah yang salah.
Adakah kita akan terus senang dan bahagia dengan memilih jalan kehidupan yang salah?
Tidak, kita seharusnya sedar bahawa apabila memilih jalan yang salah, memang mudah dan senang untuk mencapai sesuatu kesenangan. Tetapi kesenangan itu tidak akan kekal. Namun demikan, apabila memilih jalan yang baik.sememangnya banyak dugaan yang harus dilalui tetapi Allah telah menjanjikan akan merahmati kehidupa seorang hambanya sama ada didunia mahu
Hari demi hari berlalu, kita berjalan beribu-ribu meter di permukaan bumi, tapi adakah kita benar-benar berjalan atas muka bumi ini kerana Allah? Ataupun kita berjalan di atas muka bumi ini kerana kita mahu menjadi kaya, duit yang banyak, pangkat yang tinggi atau kehormatan disisi manusia?
 
SEDARLAH WAHAI TEMAN, Kehidupan didunia tidaklah kekal, yang kekal hanyalah akhirat. Justeru itu, kita sebagai hamba Allah, hendaklah sentiasa patuh dan taat dengan perintahnya kerana kekayaan didunia tidak menjamin kehidupan di akhirat serta yang membezakan hamba Allah dengan yang lain hanyalah amalan kita semasa di dunia.

Dunia Lain Dalam Perut Bumi??



Saya semakin tertarik untuk menkaji dan membuat pemerhatian mengenai dunia lain yang terdapat di dalam perut bumi. Situasi ini kerana saya merasakan ini sesuatu yang menarik untuk di kaji dan didedahkan kepada orang ramai mengenai dunia yang terdapat di dalam bumi.  
Kolonel Billie Faye Woodard
MALAH terdapat DAKWAAN aneh yang dikemukakan oleh seorang bekas anggota tentera udara Amerika, Kolonel Billie Faye Woodard. Dakwa Billie, dunia yang terletak di perut bumi itu dihubungkan oleh beberapa buah lohong dan terusan yang dibina oleh penduduk tamadun Lemuria – iaitu tamadun yang pernah wujud ratusan ribu tahun lalu di sebuah benua  di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Bagaimanapun, tamadun itu lenyap akibat bencana alam yang dahsyat. Dakwa Billie, di perut bumi itu terdapat sebuah tamadun yang cukup hebat, mempunyai kota dan bandar yang cantik. Manusia yang tinggal di sana dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa. 
Kesemua penghuninya memakan sayur-sayuran manakala haiwan-haiwan yang terdapat di perut bumi itu jinak serta boleh berinteraksi dengan manusia melalui telepati. Billie seterusnya mendakwa, tiada penyakit di sana kerana persekitarannya cukup bersih hinggakan jika kita memasuki dunia itu.
 Di dalam biografinya yang berjudul World Top Secret, yang ditulis oleh Rodney M. Cluff  pada Julai 2008, Billie memberitahu, dakwaannya itu bukan cerita rekaan. Tegas Billie, ia adalah suatu rahsia besar kerajaan dan tentera Amerika Syarikat. Dia sendiri telah diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada dunia luar. Satu yang jelas, sememangnya Dunia ini menyimpan bergitu banyak misteri-misteri yang belum terungkai. Namun demkian, semua akan terungkap apabila tiba waktunya.


PERIGI VS KUCING



ASAL USUL NAMA KUCHING ADALAH PERIGI

BETUL KE???
 

Kuching merupakan sebuah daerah yang terdapat di Sarawak. Mengikut sejarah nama Kuching adalah bersempena daripada  Raja Brooke yang suka memelihara kucing. Namun demikian, pada asalnya nama kuching adalah berasal daripada SEBUAH PERIGI. mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini. Hal ini berkemungkinan faktor politik pada masa tersebut. Malah, terdapat pelanggaran sedikit fakta apabila mengatakan asal usul nama Kuching adalah sempena nama daripada haiwan peliharaan Brooke iaitu kucing.

 Hal ini demikian, di Sarawak,  tidak memanggil bintang kucing itu adalah kucing tetapi “Pusak” yang bermakna kucing.  

Pada asalnya, perkataan kuching adalah berasal daripada perkataan Mandrain iaitu "Kou Jing" yang bermaksud perigi. Perigi ini merupakan sumber  bekalan air British  bagi perdagang-perdagang British yang datang ke Sarawak.   

Apabila pihak British hendak mendapatkan bekalan air tesebut, mereka telah menyebut  “Kou Jing” menjadi “kuch ching”.  Oleh hal yang demikian, nama Kuching ini adalah berasal daripada perkataan mandrain "Kou Jing".

Justeru itu, kadang-kadang tak semua fakta adalah betul, sebagai mahasiswa haruslah kita mengkaji dan mencari kebenaran di sebalik cerita dan sejarah tersebut..

Wednesday, 5 December 2012

BIBIR MEMBISU, MATAMU BERKATA



seorang wanita  yang aku kagum. Wajahnya lembut membuat kita sentiasa tenang melihatnya dan mempunyai sinar mata yang redup. Walaupun mempunyai satu kekurangan iaitu tidak boleh bercakap tapi dia boleh  untuk menjadi pendengar yang baik. Walaupun dia tidak bercakap tetapi apabila kita meluahkan perasaan kepadanya seolah-olah kita akan berasa lega. Walaupun mulutnya terkunci tetapi apabila memandang matanya seolah-olah dia cuba untuk memberitahu kita bahawa kita harus kuat untuk hadapi semua masalah. 


CINCIN OH CINCIN



Cincin sesuatu yang tidak asing dalam kehidupan. Apakah cincin bagi anda? Cincin kahwin? Cincin tunang? Cincin kekasih?  Soalnya, mengapa mesti cincin? 
mungkin cincin ini  lambang penyatuan dua jiwa dan
mewujudkan perasaan dekat dengan pasangan
walaupun terpisah oleh waktu dan jarak.

Bagi saya cincin ini akan menjadi sangat bernilai  apabila ada kenangan atau pun memori disebalik cincin tersebut. Malah, apabila cincin yang disematkan di jari manis seolah berbicara kepada orang lain, “ Kini aku sudah ada pendampingnya"

Agaknya sampai bilalah cincin boleh bertahan sebagai simbol cinta bagi sesuatu ikatan.

BUMI DALAM BUMI




Apakah anda percaya ? bahawa kehidupan di bumi ini, yang pertama adalah kita, makhluk hidup yang tinggal di kerak bumi, dan yang kedua adalah kehidupan didalam bumi (hollow earth). Terdapat sesetengah orang Barat  percaya bahawa bumi kita ini sebenarnya dalamnya berongga, mempunyai matahari sendiri, dan mempunyai kehidupan sendiri.

Sebelum ini tidak pernah terlintas pun bahawa ada dunia lain didalam bumi. Namun demikian, setelah menonton filem Journey To The Center of The Earth, mungkin benar ada kehidupan lain. Saya amat kagum dengan cara pemikiran  pengarah filem ini mampu berfikir di luar kotak dan mempunyai pandangan yang amat jauh.